ARAU, 6 September 2019 – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus meluaskan perkongsian ilmu kepakarannya apabila menerima 20 kakitangan syarikat Molex (M) Sdn Bhd sebagai pelajar pada Majlis Menandatangani Memorandum Persetujuan (MoA) bagi Diploma Eksekutif Teknologi Pembuatan yang berlangsung di syarikat tersebut di Prai, semalam.

Menurut Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad, sesi pengajian selama setahun itu telah dimulakan di mana kuliah akan diadakan di syarikat tersebut.

“Ini merupakan usaha universiti dalam menyahut seruan kerajaan bagi mewujudkan kerjasama bersama industri di mana program ini telah membuka lembaran baharu buat UniMAP dan saya berharap akan ada lebih banyak lagi kerjasama bersama industri.

“Suka juga saya nyatakan bahawa UniMAP telah memulakan usaha proaktifnya dalam membina hubungan bersama pihak industri melalui khidmat nasihat bagi penambahbaikan struktur program pengajian,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Tambahnya lagi, UniMAP turut menjalankan beberapa projek bersama pihak industri berfokus kepada latihan staf.

“Universiti dan industri saling bergantung antara satu sama lain kerana graduan yang berkualiti hasilan universiti akan meningkatkan produktiviti industri,” katanya.

Selain MoA, turut diadakan majlis penyerahan surat tawaran pengajian kepada kakitangan Molex yang terlibat.

Turut hadir pada majlis itu ialah wakil Molex iaitu Timbalan Presiden Sumber Manusia Antarabangsa, Pete Sparber; Pengarah Operasi, Tharshana Moorthi; Pengurus Wilayah Utara, Norlaily Matsah.

Hadir sama adalah wakil UniMAP iaitu Pengarah Anjung UniMAP Kulim merangkap Perunding Utama Program Diploma Eksekutif Teknologi Pembuatan, Prof. Madya Dr Yufridin Wahab; Pengarah Pusat Kerjasama Industri dan Agensi Kerajaan (CIGC), Prof. Madya Dr. Shafriza Nisha Basah

Prof. Dr. Badlishah turut menyuarakan hasrat agar industri lain akan turut mempraktik usaha syarikat Molex dalam usahasama bersama universiti bagi mengukuhkan industri ini di Malaysia.

Sementara itu, Ijasyahrizal Arshad,28 memyambut baik inisiatif yang dibuat oleh Molex yang memberi peluang kepada beliau dan rakan-rakannya untuk menyambung pengajian bagi memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran sedia ada.

“Saya berada di bahagian Jaminan Kualiti (Quality Assurance) dan melalui program ini saya yakin akan menjadikan saya kakitangan yang proaktif dan dinamik serta memenuhi kehendak majikan saya.

“Kebanyakan kami ini mempunyai sijil dari pelbagai institusi dan telah berkhidmat lebih tiga tahun di Molex serta melalui tapisan sebelum terpilih dalam program ini,” katanaya.

Tambah Ijasyahrizal lagi beliau berharap agar lebih ramai kakitangan Molex yang ditawarkan tempat di UniMAP bagi menyambung pengajian demi peningkatan kemahiran. 

UniMAP delegation led by the Vice Chancellor, Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad had paid a courtesy visit to the Cultural Attaché Embassy of the Republic of Iraq, Assoc. Prof. Dr. Abdul Jalil M. Khalaf at his office in Kuala Lumpur.
#UniMAPNetworking #LoveHappinessMutualRespect#EngineeringAndTechnologyForHumanity #BeOneOfUs

 

ARAU 20 Sept. - Program Bank Makanan Siswa yang telah memberi manfaat kepada golongan pelajar dari golongan berpendapatan rendah (B40) akan diperluaskan ke institusi penga­jian tinggi swas­ta (IPTS), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan politeknik bermula tahun depan.

 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, menjelang akhir tahun ini, pihaknya akan terlebih dahulu melengkapkan pelaksanaan program tersebut di keseluruhan 20 buah universiti awam (UA) di negara ini.

Jelas beliau, format yang sama seperti di UA akan digunakan di IPTS, IPG dan politeknik.

Tambahnya, setakat ini, lebih 4,000 orang mahasiswa membabitkan 16 buah UA telah mendapat manfaat daripada program itu dengan terbaharu di Universiti Malaysia Perlis (Unimap).

"Kita jangka program ini akan menjadi modul dengan perlaksanaan secara berterusan. Hal demikian kerana, program ini telah memberi impak kepada ahli keluarga berpendapatan rendah," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian program Bank Makanan Siswa Unimap di sini hari ini.

Perasmian program berkenaan disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan turut dihadiri Naib Canselor Unimap, Prof Ir. Dr. R. Badlishah Ahmad.

Antara universiti awam yang telah melaksanakan program Bank Makanan Siswa ialah kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang; Kampus Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Selain itu, Universiti Malaya (UM); Universiti Malaysia Sabah (UMS); Universiti Malaysia Sarawak (Unimas); Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.

Turut serta Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur; Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem) dan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Dalam pada itu, seramai 150 orang mahasiswa dari Unimap dikenal pasti layak menerima bantuan daripada program ini. - UTUSAN ONLINE

 

PAUH PUTRA 21 Sept. - Mungkinkah satu masa nanti pesanan makanan anda dihantar oleh dron dan bukan lagi si penghantar makanan seperti mana sekarang.

 

Bunyinya seperti janggal tetapi perkara itu tidak mustahil berlaku memandangkan teknologi dron yang semakin berkembang pada masa kini.

Pada masa ini, rangkaian makanan segera terkemuka, McDonald's Malaysia menunjukkan minat mereka terhadap penggunaan teknologi itu.

Ini dapat dilihat apabila McDonald's menjadi salah satu penaja utama dalam Pertandingan Robot Universiti : Alam Kejuaraan 2019 (Urock 2019).

Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Prof. Ir. Ts. Dr. Rezuwan Kamaruddin, pertandingan penghantaran makanan menggunakan dron mendapat sambutan menggalakkan pada Urock yang telah bermula sejak 2010.

"Tahun lalu, sebanyak 11 buah pasukan dari tujuh IPT menyertai pertandingan ini tetapi kali ini penyertaan meningkat kepada 16 buah pasukan dari sembilan buah IPT.

 

"Cabaran pada tahun ini adalah dron perlu membawa dan menghantar kotak 'Happy Meal McDonald's' dengan melalui beberapa halangan-halangan yang memerlukan kemahiran tinggi penerbang.

"Kotak makanan ini perlu dihantar dengan dua syarat utama iaitu terpantas bagi menjaga kualiti dan kesegaran selain mesti dalam keadaan tidak berterabur," katanya semasa berucap sempena penutup pertandingan Urock 2019 di Kampus Tetap Unimap di sini, hari ini.

Yang turut hadir Perunding McDonald's Malaysia, Datuk Mohamed Nasir Rakhir dan Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Norashikin Shaharudin.

Penganjuran Urock oleh Unimap dengan kerjasama Yayasan Bank Rakyat dan McDonalds, adalah bertujuan untuk menjadi medan perkongsian dan teknologi robot antara institut pengajian tinggi (IPT).

Berbanding pertandingan robotik lain, peserta Urock dikehendaki membentangkan penggunaan teknologi robot yang dibangunkan agar semua pihak memperoleh manfaatnya.

Pada penganjuran kali ini, sebanyak 50 buah pasukan dari 15 buah IPT telah bersaing dalam tiga kategori iaitu 'drone', 'legged' dan 'cooperative'. - UTUSAN ONLINE

PENGUMUMAN |

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) merupakan sebuah institusi yang amat menitik beratkan aspek pembangunan mahasiswa secara holistik dan nilai integriti akademik. Oleh demikian, Pengurusan Tertinggi Universiti amat peka kepada risiko yang mungkin berlaku menerusi aktiviti merekrut agen Affiliate Junction dalam kalangan mahasiswa Universiti oleh mana-mana Pusat Tanggungjawab mahupun pihak Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti. Sehubungan itu;

1. Makluman ini dibuat untuk menjelaskan isu penglibatan UniMAP dengan aktiviti "Affiliate Junction".

2. Pengurusan Tertinggi Universiti Malaysia Perlis tidak pernah memasuki sebarang perjanjian dengan *Affiliate Junction" untuk menyokong sebarang aktivitinya dengan para pelajar.

3. Kenyataan di sini dibuat untuk memberi notis bahawa Pengurusan Universiti tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa isu yang mungkin timbul antara pelajar dengan "Affiliate Junction".

4. Sebaliknya, pelajar-pelajar dinasihatkan untuk memberi fokus kepada pengajian masing-masing demi kejayaan pada masa hadapan.

Pejabat Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Malaysia Perlis
31 Ogos 2019


search
Go to top